CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Friday 10 April 2009

rakitku roboh...

Hari ke-4 kumpulan kami menjalani aktiviti rafting.. pada mulanya kami diminta untuk melukis design rakit yang akan kami bina di atas sehelai kertas.. kemudian dalam masa 10 minit kami di arahkan membina rakit yang kami design dengan menggunakan buluh dan tali raffia yang dah diberi serta menggunakan teknik ikatan yang kami dah belajar.rakit kumpulan aku kelihatan lebih stabil jika di bandingkan rakit kumpulan gunung korbu.. tapi malangnya kami di arahkan menukar rakit kami.. fuh lagi la risau sebab kami takyakin dengan rakit kumpulan ni.. kami pun mula turun ke dalam air.. sorang demi sorang ahli kumpulan kami melangkah masuk ke dalam rakit itu, tiba-tiba… tus!!! Salah satu ikatan rakit itu terputus.. kami dah mula gelabah.. lepas tu kedengaran pula bunyi buih yang tak berhenti, setelah di teliti satu pelampung kami di dapati bocor.. yang bertambah malangnye tu pelampung yang bocor tu pula beradadi tempat tali tadi ter putus.. apelagi semua orang beralih arah kr sebelah kiri, dan berlakulah perkara yang tak diingini.. bush!!! Semua ahli kami jatuh ke dalam air.. sudah jatuh di timpa tangga, salah seorang ahli kami iaitu fatin mengalami sakit lutut(ECL) dan dia tak boleh berenang dengang baik..kami bersama-sama berenang sambil tarik rakit tersebut ke tepi.. manakala beberapa ahli kumpulan kami tarik fatin ketepi.. Alhamdulillah kumpulan kami dapat menghabiskan cabaran ini dengan selamat..

0 comments: