CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Friday 10 April 2009

lagu tema extremely x camp 2009

M. Nasir - Mentera Semerah Padi 

Hey kersani
Mengalirlah dikau
Menjadi raksa mengisi belikat punggungku
Agar aku bisa berdiri
Tegak dan segak bagaikan
Laksmana melayu

Hey sepuluh helai daun sireh
Ku gentas bersama bunga cengkih jadilah engkau
Darah merah pekat menyisir
Urat ku agar bisa ku melangkah
Gagah dan tampan
Bagaikan… Si jantan yang berkokok

(Korus)
Di mana bumi ku pijak
Di situ langit ku junjung
Alang-alang menyeluk pekasam
Biar sampai ke pangkal lengan
Oh…oh…oh…

Aku seru mentera pusaka ku
Mentera semerah padi (3x)

gambar final camp





ini pula gambar kami ketika pulang dari janda baik. kami beramai-ramai mencuci barang-barang yang telah di gunakan.,

gambar-gambar final camp





ini lah antara gambar-gambar yang sempat di rakam kan ketika berada di janda baik..

Terima kasih En.Hisyam

Ribuan terima kasih kepada En. Hisyam kerana member kami pengalaman yang tak kan kami dapat kat tempat lain. Saya juga amat terhutang budi kepada encik dengan ilmu yang encik curahkan sepanjang sesi pembelajaran kami semua sama ada secara formal ataupun tidak.insyallah dengan ilmu yang telah di berikan ini akan saya manfaatkan dengan sebaik mungkin.. saya harapkan encik halalkan segala ilmu, makan minum dan maafkan saya sekiranya sepanjang pengenalan kita saya mahupun rakan2 yang lain ada melaku kan kesalahan.. saya juga berharap encik dapat mendoakan kami untuk peperiksaan kami yang akan datang ini.. jutaan terima kasih daripada Rozella Ab Razak…

ikhtiar hidup

Seawal jam 4 ptg kami dah di lepaskan ke dalam hutan untuk survival.. kami bersyukur sebab hari masih terang dan kami dapat mencari kayu api dengan lebih banyak.. khemah kami juga dapat di bina dengan lebih sempurna.. so pada malam itu dapatlah kami berehat dengan selesa.. seperti yang di minta kami menjalan kan sentry secara bergilir-gilir.. kami juga telah di beri pas word iaitu mangkuk-sedut.. jadi tak ada lah risau sngat.. aktiviti ni lah yang paling rilex.. dapat rehat dan tido lebih sikit… seronok…

Air terjun..

Kami menjalani aktiviti waterfall absailing ketika sedang survival.. kumpulan kami merupakan kumpulan pertama yang masuk ke hutan untuk survival. Mungkin disebabkan masa tak mengizinkan kami tuk buat waterfall abseililng so kami di lepaskan awal ke hutan.. jadi pagi2 lagi kami dah di panggil oleh alumni tuk buat aktiviti ini.. memang seronok sebab ini je masa yang kami ada tuk mandi setelah beberapa hari tak dapat mandi.. sejuk sangat…. Aktiviti nil ah yang paling best….

Hikmah...

Pada malam semalam berlaku aksi lelong melelong.. kumpulan kami telah bertekad dengan membeli iqbal.. tak kira apa terjadi kami tawar juga.. akhirnya iqbal dengan rasminya menjadi salah seorang ahli kumpulan kami.. ketika aktiviti kembara kumpulan Kami bernasib baik sebab iqbal dah pun menjalani aktiviti ini.. so kerja pun jadi mudah sebab dia dah tahu jalan..kami dapat menghabiskan aktiviti ini dalam masa 3 jam.. semuanya berjalan dengan lancar.. dalam fikiran aku ini mungkin hidayah ataupun hikmah daripada allah.. Alhamdulillah..

rakitku roboh...

Hari ke-4 kumpulan kami menjalani aktiviti rafting.. pada mulanya kami diminta untuk melukis design rakit yang akan kami bina di atas sehelai kertas.. kemudian dalam masa 10 minit kami di arahkan membina rakit yang kami design dengan menggunakan buluh dan tali raffia yang dah diberi serta menggunakan teknik ikatan yang kami dah belajar.rakit kumpulan aku kelihatan lebih stabil jika di bandingkan rakit kumpulan gunung korbu.. tapi malangnya kami di arahkan menukar rakit kami.. fuh lagi la risau sebab kami takyakin dengan rakit kumpulan ni.. kami pun mula turun ke dalam air.. sorang demi sorang ahli kumpulan kami melangkah masuk ke dalam rakit itu, tiba-tiba… tus!!! Salah satu ikatan rakit itu terputus.. kami dah mula gelabah.. lepas tu kedengaran pula bunyi buih yang tak berhenti, setelah di teliti satu pelampung kami di dapati bocor.. yang bertambah malangnye tu pelampung yang bocor tu pula beradadi tempat tali tadi ter putus.. apelagi semua orang beralih arah kr sebelah kiri, dan berlakulah perkara yang tak diingini.. bush!!! Semua ahli kami jatuh ke dalam air.. sudah jatuh di timpa tangga, salah seorang ahli kami iaitu fatin mengalami sakit lutut(ECL) dan dia tak boleh berenang dengang baik..kami bersama-sama berenang sambil tarik rakit tersebut ke tepi.. manakala beberapa ahli kumpulan kami tarik fatin ketepi.. Alhamdulillah kumpulan kami dapat menghabiskan cabaran ini dengan selamat..

rafi pengsan dan iz hilang kawalan...




Hari yang ke-3 baru lah kami mulakan aktiviti pertama kami.. kumpulan aku iaitu kumpulan gunung berinchang atau kumpulan besarnya kumpulan tasik raban memulakan aktiviti pertama mountain biking dan camp craf.. setelah berbincang kami bersetuju kumpulan gunung korbu mulakan aktiviti mountain biking dan gunung berinchang camp craf.. tiba-tiba….. jeng3x… rafi ahli kumpulan gunung korbu rebah ke belakang tetapi sempat disambut oleh mas.. tetibe je mas jadi heroin hek3x..lepas di Tanya oleh fasi rafi menyatakan bahawa dia gelap mata tibe2.. rafi akhirnya diganti oleh amin untuk meneruskan aktiviti mountain biking.. rafi di rehatkan seketika.. walaubagaimanapun ketika sesi tukar aktiviti rafi dibenarkan meneruskan aktiviti mountain biking bersama kumpulan gunung berinchang setelah didapati dia kembali pulih.. ketika dalam perjalanan menuruni bukit dengan basikal kami, tiba2 iz memotong kami dengan lajunya sedangkan dah diberitahu oleh fasi kami tak dibenarkan potong-memotong apatah lagi menunggang dengan laju.. tapi iz kelihatan agak gelabah, rupa-rupanya iz tak dapat mengawal basikalnya kerana brek tayar belakangnya terlalu makan dan akan berhenti dengan tiba2walaupun hanya menarik brek itu sedikit sahaja, ia mengakibatkan tayarnya terseret dan hilang keseimbangan.. setelah beberapa minit berperang dengan basikalnya akhirnya iz selamat memberhentikan basikalnya yang menggila.. nasib baik tiada kecederaan yang berlaku.. kami juga dapat sampai ke destinasi dengan selamat..

oh... khemah....



Lepas je angkat barang yang banyak tu ape lagi kami terus bertungkus-lumus buat khemah pusat,dapur dan peralatan.. alif la yang paling sibuk sebab tugas dia yang paling berat sebab kene buat toilet.. bukan senang beb.. pening jugak la tengok dia ke hulu ke hilir.. tapi aku pulak ada misi lain.. aku di tugaskan tuk buat khemah dapur.. fuh… bepeluh tu… tapi malangnya kami tak dapat nak siapkan semua khemah dan kami terpaksa bekerja hingga lewat malam.. alhamdulilah walaupun tak dapat nak siapkan semuanya tapi yang penting khemah pusat siap..khemah penempatan pun siap.. dapat la jugak tido malam tu.. tapi tengah syok nak lelap mata tiba-tiba ada orang kejut suruh bangun.. malam tu kami bekumpul dan kami di suruh berendam kat tasik, sebabnye ada antara kami yang menggunakan toilet fasi dan alumni sedangkan kami dah di larang tuk menggunakan toilet tersebut. Nak buat macam mana tak tahan sangat agaknye..selepas beberapa minit barulah kami dibenarkan naik dan sambung tido.. malam tu serius aku tido dengan seluar basah dan dalam keadaan menggigil.. terpaksalah nak salin kawan2 yang lain dah tido tak kan nak kejut semata-mata nak ruang tuk salin seluar plak.. so aku buat keputusan tido je lah ngan seluar basah tu.. diaorang pun sama je tido je ngan seluar tu..keesokan harinya kami terus menyambung segala kerja2 yang tergendala.. tapi hari tu pun kami tak dapat nak siapkan khemah2 dengan sempurna..hari yang ke-3 baru dapat siapkan semua.. 

Wednesday 8 April 2009

Hari bertolak


Selepas letih loading barang kat dalam lori malam semalam akhirnya tibalah masa yang ditunggu2, kami bertolak ke janda baik.macam2 yang bermain dalam otak ni ye la kite nak g tempat yang kite tak pernah pergi then nak buat bende yang kite tak pernah buat.. cam mane la agaknye kan… dalam pejalanan tu aku sempat tertido sebab tau dah kalau dah sampai sane nanti memang tak dapatlah nk tido.. so kami mengambil kesempatan ni tuk merehatkan diri masing2.. setibenye di sane kami di arahkan mengangkat banyk barang tuk masuk ke kawasan perkhemahan kami sebab kawasan khamah agak jauh kr dalam so bas tak dapat masuk ke kawasan tersebut, jadi kami terpaksa mengerah kudrat yang ada tuk mengangkat semua barang masuk ke kawasan tu. Loteh den ni ha..

Hari perasmian


Masa hari perasmian majlis sepatutnya bermula pukul 3 ptg tapi di sebabkan ada masalah tknikal so majlis tu bermula lambat kira-kira pukul 4 lebih.. tapi agak seronok jugak sebab kami dapat sambut dengan pelajar instedt dan pelajar shah putra. Yang sedihnya dekan tak dapat nak turut serta sebab ada urusan lain,so kami pun menjemput timbalan dekan iaitu en. Hasbullah untuk mrasmikan majlis kami petang tu..alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar dan kami di ki kuarantin kan bermula pada saat itu..

Stor rumah ke-3




Rumah yang first of coz lah rumah kat kampung, rumah ke 2 delima then rumah kami yang terbaru ialah storrr.. mana tak nya habiz je clazz kami terus bekejar ke stor.. masa tak cukup sebab banyak lagi barang yang belum setel.. siap ada yang tak sempat nak balik bilik pun terus je g stor.. penat tu memang la penat tapi pikirkan kawan2 yang lain pun penat jugak so pejuangan perlu di teruskan…


Sakit hati!!!





Seperti biasa kami akan ke stor untuk cek barang for final camp tapi kali ni kerja kami berganda sebab kami terpaksa buka balik semua khemah penempatan..khemah yang kami dah cek dan dilbelkan untuk tempah for final camp ada masalah sebab kami dapati banyak khemah telah digunakan oleh orang lain.. itu kami tak kesah lagi tapi yang tak bestnya khemah2 tu sangat kotor dan ada fiber yang patah.. pancang2 semua bengkok.. fuhh……… lagi satu keja plak nak cek balik kan..tak pa kawan2 sabar je lah eh, ada hikmah di sebalik semua yang berlaku tu…



Tukar aktiviti

Oleh kerana kami tak dapat Nak buat flying fox untuk minggu ni so kelas kami dig anti dengan kelas teori untuk aktiviti low rope course.. aktiviti ni menarik jugak sebab kami dapat praktikkan teknik ikatan tapi sayangnya sebab kelas tu teori je so dapat imagine je la…. Walaubagaimanapun kelas kali ni ok jugak sebab dapat lah rest sikit..lagipun en.hisyam ada lah jugak tunjuk gambar2 final camp bech2 yang sebelum ni, Nampak cam seronok sangat..so dapatlah gambaran cam ne camp kami akan datang..

Ruginye….



Arghhhh!!!!!!! Sepatutnye minggu selepas kami berkayak kami akan buat flying fox tapi ada masalah communication agaknye bak kate kak El so kami tak dapat nak pijam barang untuk buat aktiviti ni… rase cam rugi sangat sebab flying fox antare aktiviti yang kami tunggu sangat… ermm tak palah nak buat macam mane tak ada rezeki kot… tak pa lah kawan2 nanti kite buat musang terbang je ok…hek3x


Kalau tak kami dah posing macam ni tuk buat flying fox..