CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Friday, 10 April 2009

oh... khemah....



Lepas je angkat barang yang banyak tu ape lagi kami terus bertungkus-lumus buat khemah pusat,dapur dan peralatan.. alif la yang paling sibuk sebab tugas dia yang paling berat sebab kene buat toilet.. bukan senang beb.. pening jugak la tengok dia ke hulu ke hilir.. tapi aku pulak ada misi lain.. aku di tugaskan tuk buat khemah dapur.. fuh… bepeluh tu… tapi malangnya kami tak dapat nak siapkan semua khemah dan kami terpaksa bekerja hingga lewat malam.. alhamdulilah walaupun tak dapat nak siapkan semuanya tapi yang penting khemah pusat siap..khemah penempatan pun siap.. dapat la jugak tido malam tu.. tapi tengah syok nak lelap mata tiba-tiba ada orang kejut suruh bangun.. malam tu kami bekumpul dan kami di suruh berendam kat tasik, sebabnye ada antara kami yang menggunakan toilet fasi dan alumni sedangkan kami dah di larang tuk menggunakan toilet tersebut. Nak buat macam mana tak tahan sangat agaknye..selepas beberapa minit barulah kami dibenarkan naik dan sambung tido.. malam tu serius aku tido dengan seluar basah dan dalam keadaan menggigil.. terpaksalah nak salin kawan2 yang lain dah tido tak kan nak kejut semata-mata nak ruang tuk salin seluar plak.. so aku buat keputusan tido je lah ngan seluar basah tu.. diaorang pun sama je tido je ngan seluar tu..keesokan harinya kami terus menyambung segala kerja2 yang tergendala.. tapi hari tu pun kami tak dapat nak siapkan khemah2 dengan sempurna..hari yang ke-3 baru dapat siapkan semua.. 

Wednesday, 8 April 2009

Hari bertolak


Selepas letih loading barang kat dalam lori malam semalam akhirnya tibalah masa yang ditunggu2, kami bertolak ke janda baik.macam2 yang bermain dalam otak ni ye la kite nak g tempat yang kite tak pernah pergi then nak buat bende yang kite tak pernah buat.. cam mane la agaknye kan… dalam pejalanan tu aku sempat tertido sebab tau dah kalau dah sampai sane nanti memang tak dapatlah nk tido.. so kami mengambil kesempatan ni tuk merehatkan diri masing2.. setibenye di sane kami di arahkan mengangkat banyk barang tuk masuk ke kawasan perkhemahan kami sebab kawasan khamah agak jauh kr dalam so bas tak dapat masuk ke kawasan tersebut, jadi kami terpaksa mengerah kudrat yang ada tuk mengangkat semua barang masuk ke kawasan tu. Loteh den ni ha..

Hari perasmian


Masa hari perasmian majlis sepatutnya bermula pukul 3 ptg tapi di sebabkan ada masalah tknikal so majlis tu bermula lambat kira-kira pukul 4 lebih.. tapi agak seronok jugak sebab kami dapat sambut dengan pelajar instedt dan pelajar shah putra. Yang sedihnya dekan tak dapat nak turut serta sebab ada urusan lain,so kami pun menjemput timbalan dekan iaitu en. Hasbullah untuk mrasmikan majlis kami petang tu..alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar dan kami di ki kuarantin kan bermula pada saat itu..

Stor rumah ke-3




Rumah yang first of coz lah rumah kat kampung, rumah ke 2 delima then rumah kami yang terbaru ialah storrr.. mana tak nya habiz je clazz kami terus bekejar ke stor.. masa tak cukup sebab banyak lagi barang yang belum setel.. siap ada yang tak sempat nak balik bilik pun terus je g stor.. penat tu memang la penat tapi pikirkan kawan2 yang lain pun penat jugak so pejuangan perlu di teruskan…


Sakit hati!!!





Seperti biasa kami akan ke stor untuk cek barang for final camp tapi kali ni kerja kami berganda sebab kami terpaksa buka balik semua khemah penempatan..khemah yang kami dah cek dan dilbelkan untuk tempah for final camp ada masalah sebab kami dapati banyak khemah telah digunakan oleh orang lain.. itu kami tak kesah lagi tapi yang tak bestnya khemah2 tu sangat kotor dan ada fiber yang patah.. pancang2 semua bengkok.. fuhh……… lagi satu keja plak nak cek balik kan..tak pa kawan2 sabar je lah eh, ada hikmah di sebalik semua yang berlaku tu…



Tukar aktiviti

Oleh kerana kami tak dapat Nak buat flying fox untuk minggu ni so kelas kami dig anti dengan kelas teori untuk aktiviti low rope course.. aktiviti ni menarik jugak sebab kami dapat praktikkan teknik ikatan tapi sayangnya sebab kelas tu teori je so dapat imagine je la…. Walaubagaimanapun kelas kali ni ok jugak sebab dapat lah rest sikit..lagipun en.hisyam ada lah jugak tunjuk gambar2 final camp bech2 yang sebelum ni, Nampak cam seronok sangat..so dapatlah gambaran cam ne camp kami akan datang..

Ruginye….



Arghhhh!!!!!!! Sepatutnye minggu selepas kami berkayak kami akan buat flying fox tapi ada masalah communication agaknye bak kate kak El so kami tak dapat nak pijam barang untuk buat aktiviti ni… rase cam rugi sangat sebab flying fox antare aktiviti yang kami tunggu sangat… ermm tak palah nak buat macam mane tak ada rezeki kot… tak pa lah kawan2 nanti kite buat musang terbang je ok…hek3x


Kalau tak kami dah posing macam ni tuk buat flying fox..

Sunday, 1 March 2009

kayak.........

pada ari selasa lepas kami semua belajar kayak.. memang best.. pengalaman petama dapat main kayak.. then kat sini la aku baru tau macam mana nak selamatkan diri sekiranya belaku kecemasan.. selama ni aku ingatkan men kayak ni duduk then dayungb je rupanya banyak lagi yang aku tak tau..time kasih la kat en.hiayam dan alumni yang banyak ajar kami pasal kayak ni.. tapi aku ada something yang tak puas hati sangat... masa kami habis sesi bekayak tu, kami semua perlu membersihkan barang-barang yang kami pinjam sebelum memulangkannya ke stor..so kami begotong-royong mengangkat barang2 tersebut, tapi yang sakit hatinya bong atau nama saintifiknya haiqal, dengan selambanya belenggang tanpa membawa apa2 barng pun, dengan muka tak bersalahnya die lalu je sebelah kami yang sedang betungkus lumus angkat barang ni sambil buat2 bisy tekan2 handphonenya itu, kalau ye pun ada menteri yang mesej die agak2 la.. orng lain penat2 angkat die senang2 belenggang.. sakit betul hati ni ha.. semasa di stor lama pulak, kami semua letih2 membasuh kayak, haqal dan darline dengan senang hatinya pergi mandi di toilet terdekat.. aku yang memang ada allergic ni pun sanggup tahan tak mandi semata mata nak bantu rakan-rakan yang lain basuh kayak 2.. ini sudah lebih.......... mereka tak buat apa2 pun.. selesai je kami basuh barang2 mereka pun baru keluar toilet.. memang terang2 la diorg ni tak buat apa2..so kepada nama2 yang tertera di atas ni aku mintak maaf tapi semua orang ada tahap kesabarannya.. aku dan beberapa orang rakan yang lain sampai pergi PK sebab allergic ni semata2 nak bantu rakan2 yang lain.. korang pikir la sendiri ok..

Sunday, 22 February 2009

AbsEiLing best giler...!












minggu ni kami buat absailing... best sgt.. dapat la pengalaman rase gayat hehe, lepas ni dah boleh turun delima pakai tali je tak payah ikut tangga.. tapi nak pasang je dah setengah jam, bek ikut tangga je kan.... mase ni la baru tau betapa pentingnye belajar ikatan tu.. silap ikat kang nayia je. so lepas ni kite kene rajin2 prektis buat ikatan ok....


Monday, 16 February 2009

loading barang kat store







ni la kerja last sekali yang kiteorg kene buat sebelum dapat balik 2.. kami perlu pastikan yang barang yang kami pinjam 2 cukup dan sempurna sebelum di pulangkan semula.. e-ein lah orang paling banyak angkat barang mase kat kem ni, sungguh pun die ni nakal tapi dalam bab keje2 ni nampak lah die nie bleh harap.. salute lu lah ein.. sampai kotor2lah baju kau 2 aku tengok.. cian kat ko.. kepada yang buat2 sakit 2 henti2kanlah buat keje membohong 2.. tolong2lah kawan2 yang lain ni....

nak gerak balik dah




mase ni dah nak gerak balik dah.. kami mula berkumpul untuk di beri taklimat terakhir.. mase ni memang ngantuk tak ingat punya.. aku lah yang tengah gosok mata 2 konon2 mate masuk abuk padahal dah tak tahan ngantuk 2.. hak2 kantoi......

solo drop, solo walk



malam ni kami semua diberi password untuk membezakan pelajar dan orang lain.... agak takut jugak lah malam ni, mane taknya kene duk sorang2. tapi alhamdulillah, semuanya selamat.. harap2 lepas ni semua orang dah berani nak duduk sorg2 kat rumah. hehehe
kene berendam beb..
seronoknye kene berendam kat dalam kolam. memang rase nak berenang je.. yang kesiannya tu ada yang kene pacat plak tu.. eeeeee gelinye.

sedutan aktiviti yang paling best







Blind traill............. arghh, nilah yang paling best, dapat rawatan spa mandian lumpur.. sesiapa yang mempunyai masalah kulit seperti jerawat boleh lah mencube rawatan ini ya.. comferm bley jadi duta pelbagai product yer........

sedutan aktiviti first camp



bertungkus lumus nak menyiapkan khemah pusat dalam masa yang ditetapkan. walaupun dah banyak kali fasi bagi peluang, tapi still tak dapat nak siapkan ngan cepat, baru tau yang buat khemah pusat ni memang susah.





inilah antara aktiviti orieunteering yang kami sertai, ada jugak yang sesat sampai jumpe jalan raya pulak.. memang best lah orienteering ni, menguli stamina betul lah, tapi yang kelakarnya tu aktiviti individu ni boleh jadi aktiviti berkumpulan pulak sebab ada yang main tunggu kawan, konon-konon terserempak.. hahaha tapi saya tak buat ye..




Sunday, 15 February 2009

first camp




alhamdulillah firs camp dah abis, agak letih jugak la first camp ni, tapi tak pa kite enjoy je.. banyak jugak la pengalaman yamg aku dapat kat sini contohnya solo drope, solo walk, orienteering, blind traill, nevigation, macam2 lagi lah.. walaupun cik hisyam tak dapat turut serta tuk first camp ni atas sebab2 tertentu tapi kami cube buat yang terbaik tuk first camp ni demi kelas outdoor.....sume yang kami lalui dalam 1st camp ni sumenye best cume yang tak bestnye ada sesetengah pelajar ni agak jual ikan sikit atau dalam erti kata lain selfish, sebab mase kat 1st camp 2 sume orang penat tapi masih lagi buat kerja, ni tak, ade 2 sesenang jiwa dan raga dieorg tido kat dalam khemah, ikutkan ati rasa nak bomb je khemah 2 tapi nasib bek la khemah 2 hak milik uitm, n yang pinjam 2 aku jugak kang tak pasal je kene bayar. ape2 pun harap2 yang terasa 2 sedar2 la sikit k, pasni kite akan jumpe lagi tuk final camp.. tak saba dan takut nak tunggu final camp ni.. sebulan je lagi ni.. ya allah lindungilah hambemu ini amin......